Monday, November 19, 2018

Al-Imran Ayat 15

3.3.15
Juz:
3,Surah:3
Surah 3, Ayat 15:
.

Ringkasan tafsir;

Dalam ayat diatas (14) menerangkan betapa nikmatnya hidup didunia dengan kemewahan dan perhiasan, dan ingatlah disisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya.

Allah memberitahu bahawa ada lagi yang lebih baik dari itu, yang mana disediakan bagi orang yang bertaqwa,  syurga yang mempunyai kedudukan bertingkat-tingkat hingga kedarjat yang lebih tinggi ke taqorrub berdampingan hampir dengan Allah untuk memperolehi keredaan Allah.

Ayat ini menganjurkan supaya manusia berbuat baik diatas dunia ini agar mendapat nikmat yang lebih baik lagi di Syurga yang kekal abadi selamanya yang dikurniakan oleh Allah.
(lihat juga ayat 72 Surah At-Taubah).

(lihat juga ayat 20 Surah Al-Hadid).


.

[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
11~20,
[GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   


Al-Imran Ayat 14

3.3.14
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 14:
.

Ringkasan tafsir;

Manusia dicipta oleh Allah mempunyai watak tabiat semulajadi menyukai shahwat kepada 6 perkara seperti dibawah ini. Segala kelazatan dan nikmat dunia dicipta oleh Allah, maka bolehlah manusia memiliki dan menyukainya untuk dikecap dinikmati  oleh keinginannya dan diberikan pula batasan halal dan haramnya.

1. Perempuan.

2. Anak-anak.

3. Harta benda.

4. Kenderaan yang bagus.

5. Binatang ternak.

6. Sawah ladang.


.

[previous] [next] [home]



.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Al-Imran Ayat 13

3.3.13  
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 13:
.

Ringkasan tafsir;

Allah telah memperingatkan kepada kafir dari kaum Yahudi di Madinah yang bermegah-megah dengan harta kekayaan yang banyak bersama dengan anak-pinak mereka itu yang engkar kepada syariat yang dibawah oleh Rasulullah, dan lihatlah Allah hantar bantuan bala tentera Malaikat kepada tentera Islam (kaum Ansar dan Muhajirin) yang sedikit jumlahnya dimedan peperangan Badar yang memberi kemenangan besar kepada orang Islam. 

 Tauladan yang diperolihi dari ayat ini, bahawa ada suatu daya kekuatan yang maha besar melebihi dari segala daya kekuatan hingga sekumpulan yang sedikit  yang taat kepada Allah boleh menang dengan mudah diatas sekumpulan yang banyak, semuanya itu adalah hanya dengan izin  dan kekuasaan Allah semata-mata.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      




Friday, June 10, 2016

Surah AlBaqarah, 8~20

Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 8~20:

Ringkasan tafsir;
 Ada dua golongan kaum;
1. Kaum Musyrikin, ialah kaum yang menyekutukan Tuhan (penduduk Mekkah).
2. Kaum Munafikin, ialah kaum yang zahirnya Muslim dan batin nya adalah kufur (penduduk Madinah).
,
Ayat ini ditujukan kepada orang munafik penduduk Madinah.
Ayat 8 dan 9 menjelaskan orang munafik mengaku beriman sedangkan mereka tidak beriman.
Ayat 10 menjelaskan budi perkerti Munafik itu sangat bahaya;
Ayat 11 dan 12 menjelaskan bahawa jika ditegur mereka menyangkal dan dialah yang benar.
Ayat 13, 14 dan 15 menjelaskan bahawa mereka dari kalangan sesama mereka menyanggah, dan mengaku dirinya beriman.
Ayat 16 menjelaskan mereka membuka perniagaan dengan dengan jual beli campur aduk sesat dan kebenaran.
Ayat 17 menerangkan mereka payah untuk mengubah hati-hati mereka dan tidak dapat menikmati cahaya dari Quran.
Ayat 18, 19 dan 20 menerangkan orang munafik enggan mendengar pengajaran dan petunjuk Quran, dan menutup telinga.

Penyakit jiwa mereka itu ialah
1. Bebal, dan mengelirukan orang.
2. Kerapuhan iman, mengandungi syak wasangka dalam keraguan tidak tetap pendirian.
3. Sikap, menentang kebenaran.


[Previous] [Next

.
Sumber: